Tiada kes tahap lima melibatkan petugas kesihatan positif Covid-19 - Utusan Malaysia

Tiada kes tahap lima melibatkan petugas kesihatan positif Covid-19

JURURAWAT memainkan peranan yang penting dalam sistem kesihatan negara. - Gambar Hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : Tiada kes jangkitan Covid-19 kategori lima melibatkan petugas kesihatan Kementerian Kesihatan yang sudah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sehingga kini seramai 3,106 petugas kesihatan dilaporkan positif Covid-19 iaitu meliputi 1.26 peratus dan mereka sudah menerima dua dos vaksin.

“Kebanyakan kes positif ini adalah bagi kategori satu (1,012 kes) dan kategori dua (2,088 kes) dan masing-masing tiga kes bagi kategori tiga dan kategori empat.

“Tiada kes dalam kategori lima dan ini menunjukkan vaksin dapat mengelakkan kemasukan ke hospital atau Unit Rawatan Rapi (ICU),” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, sekiranya jangkitan berlaku melibatkan mereka yang sudah menerima vaksin, pesakit tersebut boleh diasingkan dan diperhatikan di rumah tanpa perlu ke hospital sehingga menyebabkan kesesakan.

“Dengan itu kita boleh anggap virus ‘common flu’ jadi ini cara kita boleh hidup bersama virus pada masa akan datang,” katanya.

Sehingga kini seramai 245,932 penerima vaksin dalam kalangan petugas kesihatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN