BURLINGTON: Vermont yang juga dikenali sebagai ‘kampung’ Bernie Sanders, sirap maple dan tempat lahir aiskrim Ben and Jerry kini mencipta lagi satu kegemilangan apabila dianggap tempat paling selamt di dunia dari Covid-19 – kerana ia merupakan negeri yang paling tinggi kadar vaksinasi di Amerika Syarikat (AS).
Wilayah kedua paling kurang penduduk di AS pada ketika ini mencatatkan 80 peratus penduduknya yang layak telah divaksin.
“Ini menjadikan kami tempat yang paling selamat di negara ini dan mungkin juga di dunia,” kata pesuruhjaya kesihatannya, Mark Levine.
Kawasan pedalam yang terletak di timur laut AS telah mencatatkan sekurang-kurangnya satu dos vaksin untuk 82 peratus penduduknya yang berumur 12 tahun ke atas, mengatasi jumlah yang dicatatkan oleh AS iaitu 64 peratus.
Peratusan kadar vaksinasinya itu dua kali ganda daripada negeri yang paling rendah iaitu Mssissippi.
Pada pegawai dan penduduk tempatan memberikan penghargaan atas kejayaan Vermont itu kepada klinik vaksin yang banyak, pemimpin politik dan penduduk yang mempunyai rasa tanggungjawab tinggi terhadap masyarakat.
“Penduduk Vermont mengutamakan kesihatan, yang merupakan satu permulaan yang baik,” Levine memberitahu AFP.
“Turut menyumbang kepada kejayaan ini ialah penduduk Vermont cukup bekerjasama dan sentiasa memberikan mematuhi,” katanya sambil menambah tradisi mesyuarat perbandaran dan penglibatan sivik turut melangkaui New England termasuk Maine dan Massachusetts yang mana kadar vaksin mereka juga tinggi.
Vermont, dengan 94 peratus penduduk berkulit putih juga antara negeri yang mempunyai taraf pendidikan yang tinggi di AS, hanya mencatatkan sekitar 250 kematian akibat Covid-19.’
Di AS secara keseluruhan ia mencatatkan 605,000 kematian berkaitan Covid-19. – AFP










