Tawaran kemasukan ke tingkatan enam diumum Isnin - Utusan Malaysia

Tawaran kemasukan ke tingkatan enam diumum Isnin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 boleh membuat semakan keputusan tawaran kemasukan ke tingkatan enam tahun 2021 pada Isnin ini.

Kementerian Pendidikan dalam kenyataan memaklumkan, semakan keputusan tawaran dan pendaftaran kemasukan ke tingkatan enam itu boleh dibuat hingga 15 Julai ini.

Kenyataan itu menyebut, semakan boleh dibuat menerusi portal aplikasi dalam talian tingkatan enam di pautan https://sst6.moe.gov.my.

“Bagi lepasan SPM 2020 yang tidak mempunyai capaian internet, pihak sekolah akan memaklumkan keputusan tawaran dan membantu proses pendaftaran,” jelasnya di sini hari ini.

Pada masa sama, Kementerian Pendidikan berkata, permohonan rayuan bagi lepasan SPM 2020 yang memenuhi syarat kemasukan ke tingkatan enam tetapi tidak menerima tawaran, boleh dibuat secara dalam talian di pautan https://sst6.moe.gov.my/.

“Bagi yang tidak mempunyai capaian internet, pihak sekolah akan membantu menguruskan rayuan mereka. Tempoh rayuan adalah mulai 5 hingga 15 Julai depan,” katanya.

Kementerian Pendidikan berkata, keputusan permohonan rayuan kemasukan ke tingkatan enam semester 1 akan dimaklumkan pada 20 Julai ini melalui portal sama.

Sementara itu, sesi pengajian bagi tingkatan enam semester 1/2021 akan bermula pada 25 Julai depan bagi sekolah dalam negeri kumpulan A dan pada 26 Julai bagi sekolah dalam negeri kumpulan B.

Kumpulan A ialah Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu manakala Kumpulan B (Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya