Sultan Terengganu, anakanda solat sunat Aidiladha - Utusan Malaysia

Sultan Terengganu, anakanda solat sunat Aidiladha

SULTAN Mizan Zainal Abidin (dua dari kanan) bersama anakanda berkenan menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang, Kuala Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang di sini hari ini.

Baginda bersama anakanda, Yang Dipertuan Muda, Tengku Muhammad Ismail dan Tengku Sri Setia Mahkota Raja, Tengku Muhammad Mua’az berangkat tiba di masjid berkenaan kira-kira pukul 7.50 pagi.

Solat sunat itu dipimpin Mufti Terengganu, Dr. Mohamad Sabri Haron dengan disertai 850 jemaah.

Pelaksanaan solat sunat Aidiladha di Terengganu dibenarkan mengikut keluasan masjid dan surau dengan hanya melibatkan jemaah lelaki.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN