Speaker Dewan Rakyat harus pertahan institusi Parlimen - Utusan Malaysia

Speaker Dewan Rakyat harus pertahan institusi Parlimen

KHALID ABDUL SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun seharusnya mempertahan institusi Parlimen demi kepentingan rakyat.

Bercakap kepada Utusan Online, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, ia adalah peranan utama yang harus dimainkan oleh Azhar supaya institusi tersebut kekal dilihat telus dan tidak bias kepada kerajaan semata-mata.

“Dia tidak boleh diam ikut apa yang Perdana Menteri kata sahaja, sedangkan awak sendiri tahu apa yang perlu dilakukan untuk memastikan institusi demokrasi, institusi berparlimen. Kalau terpaksa menurut juga, suarakan pandangan.

“Kita nak Azhar menjadi pembela institusi Parlimen kerana Parlimen adalah medan untuk membahaskan isu yang ada hubung kait dengan kepentingan rakyat,” katanya ketika dihubungi.

Malah jelas Khalid, Azhar juga perlu membuat keputusan bersandarkan kepentingan rakyat, bukannya kepentingan diri.

“Awak (Azhar) adalah Speaker, tapi boleh kata tidak adil dia dikritik kerana dia tiada kuasa. Soal kuasa itu satu hal. Tetapi dia sebagai Speaker perlu fikir rakyat sedang hadapi tekanan hasil dari kerajaan yang gagal dan ini yang kita nak bersuara bagi membela nasib rakyat.

“Awak (Azhar) dapat gaji jalan macam biasa, tapi fikirlah juga tentang rakyat,” ujarnya lagi.

AZHAR AZIZAN HARUN

Azhar sebelum ini menjelaskan yang beliau tidak mempunyai kuasa untuk mempercepat apa-apa usul undi tidak percaya di Parlimen bagi dibahaskan terlebih awal daripada urusan lain mengikut aturan persidangan.

Katanya lagi, beliau hanya menjalankan tugas mengikut kuasa yang ada padanya mengikut kerangka undang-undang sedia ada. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya