LONDON: Andy Murray tewas dalam keadaan memalukan di Wimbledon kepada Denis Shapovalov 6-4, 6-2, 6-2.
Selepas dua perlawanan berlanjutan hingga lima set dan lebih tujuh jam permainan, mereka mengharapkan perlawanan itu akan menjadi hiburan kepada penonton.
Bagaimanapun drama bermula selepas Murray terlepas dua mata penting dalam dua permainan.
Shapovalov terus membuktikan dia terlalu kuat untuk ditewaskan dan berjaya meraih kemenangan selesa.
Shapovalov, 22, mara ke pusingan keempat buat kali pertama dan akan bertemu Roberto Bautista Agut, pemain yang menewaskan Murray di Melbourne pada Januari 2019.
“Impian menjadi kenyataan buat saya. Saya bekerja keras untuk kejohanan ini, jadi saya boleh bermain di Centre Court melawan legenda seperti Murray.
“Sangat luar biasa untuk berada di gelanggang ini. Saya tidak rasa saya boleh bermain cemerlang seperti in,” kata Shapovalov selepas menewaskan Murray.
Pemain No.1 dunia, Novak Djokovic mara ke pusingan keempat selepas menewaskan Denis Kudla 6-4 6-3 7-6 (9/7). – AGENSI