Shahidan tuntut penjelasan Zahid isu tarik sokongan terhadap PM - Utusan Malaysia

Shahidan tuntut penjelasan Zahid isu tarik sokongan terhadap PM

SHAHIDAN KASSIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menuntut Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberi penjelasan berhubung menarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri.

Bercakap kepada Utusan Online, beliau berkata, ini kerana secara logiknya, apabila Muhyiddin meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, kerajaan di bawah pentadbirannya secara automatik akan runtuh.

Katanya, ia mengambil kira seperti waktu pemerintahan zaman Pakatan Harapan (PH) dulu yang tumbang selepas Tun Mahathir Mohamad meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

“Kami tuntut penjelasan daripada Presiden tentang tarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin. Sebab jika beliau meletak jawatan, kerajaan sudah pasti akan runtuh.

“Tempoh yang diberi kepada Muhyiddin untuk meletak jawatan itu sehingga bila? Berikan penjelasan,” katanya ketika dihubungi.

Shahidan yang juga Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC) menegaskan tiada mana-mana ahli Parlimen yang akan menarik sokongan terhadap Muhyiddin.

Shahidan turut mendakwa, tidak akan ada menteri dan timbalan menteri daripada UMNO yang akan meletak jawatan dalam hal itu.

“Di peringkat awal ini, tiada ahli Parlimen yang akan menarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin, kami akan meneruskan tugas sebagai wakil rakyat dan isu rakyat adalah keutamaan kami,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya