Setiap hari wanita 102 tahun tanya bila divaksin - Utusan Malaysia

Setiap hari wanita 102 tahun tanya bila divaksin

DescriptionFile URL: Copy URL to clipboard Selected media actions Set featured image
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Warga emas yang berusia 102 tahun, Minah Abdullah dari Kampung Pasir Nering, di sini sering bertanya kepada keluarganya bilakah dia boleh menerima suntikan vaksin Covid-19 kerana sudah bersedia melalui proses tersebut.

Hari ini, permintaannya dipenuhi sekali gus menjadi individu tertua yang divaksin di pusat pemberian vaksin (PPV) dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT).

Anak kelimanya, Zainab Yusof, 62, berkata, walaupun ibunya tidak mengetahui secara terperinci mengenai Covid-19, namun warga emas itu bersetuju terlibat dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bagi mengelakkan risiko jangkitan.

“Dia minta saya daftarkan namanya sebagai penerima vaksin dan ketika disuntik emak tenang sahaja.

“Suntikan dos kedua dijadualkan pada 28 Julai ini dan sebagai anak tentunya saya lega kerana emak kini dilindungi dengan vaksin Covid-19,” katanya ketika ditemui.

Zainab berkata, ibunya yang merupakan bekas guru al-Quran itu mempunyai masalah pendengaran bagaimanapun, masih aktif berkebun di sekitar rumah. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya