Seramai 263 jemaah haji Malaysia bergerak ke Mina

Seramai 263 jemaah haji Malaysia bergerak ke Mina

SEBAHAGIAN bakal jemaah haji Malaysia dibawa menaiki bas untuk mengerjakan tawaf qudum selepas tiba di Mina hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Kesemua 263 rak­yat Malaysia yang terpilih me­nunaikan ibadat haji tahun ini mula bergerak ke Mina semalam waktu tempatan sebagai persediaan memulakan ibadat tersebut.

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Ahmad Najhan Hassim, 30, berkata, kesemua rak­yat Malaysia yang diletakkan di bawah sebuah agensi sama itu bergerak dari Jeddah menaiki bas untuk mendaftar dan me­nyimpan barangan mereka di khemah disediakan di Mina.

Jururawat di Hospital Pakar Raja Faisal, Jeddah itu berkata, jemaah yang tiba lebih awal juga berpeluang ke Masjidilharam untuk mengerjakan tawaf qudum atau tawaf selamat datang dan saie.

Dalam pada itu, Ahmad Naj­han berkata, dia berdoa dan berharap Allah SWT mempermudah ibadat haji yang akan dilaksanakannya kelak serta seluruh jema­ah warga Malaysia yang lain.

Dari segi persediaan, kata­nya, dia sudah mengikuti kursus mengenai ibadat haji selama empat hari di bawah kelolaan agensi Salam Haji yang dikendalikan rakyat Malaysia dengan kerjasama agensi tempatan, Omar Bali Falemban.

“Insya-Allah dengan kefahaman daripada kursus itu dan pembacaan mengenai ibadat haji saya berharap dapat menunaikan ibadat rukun Islam kelima ini dengan sempurna,” katanya yang berasal dari Gombak, Selangor.

Seramai 263 rakyat Malaysia yang menetap di Arab Saudi itu adalah sebahagian daripada 60,000 jemaah yang dibenarkan Kerajaan Arab Saudi untuk menunaikan rukun Islam keli­ma berkenaan bagi tahun ini.

Mereka dipilih selepas membuat permohonan secara dalam talian menerusi Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi yang turut meletakkan syarat perlu melengkapkan dua dos vaksin Covid-19 selain tidak pernah menunaikan haji sebelum ini.

Bercerita lanjut, Ahmad Naj­han berkata, dia bertuah dan bersyukur kerana terpilih menjadi antara tetamu Allah SWT untuk menunaikan ibadat haji tahun ini setelah tiga tahun be­kerja di Arab Saudi.

Ujarnya, sepanjang menetap di Jeddah juga, dia berpeluang hampir setiap bulan mengerjakan umrah memandangkan ja­raknya dari Mekah hanya kira-kira satu jam perjalanan.

“Malah, saya juga bersyukur kerana menjadi antara kumpulan pertama jemaah yang dibenarkan melakukan ibadat umrah ketika kerajaan Arab Saudi membuka semula Masjidilharam yang sebelumnya ditutup kerana pandemik Covid-19.

“Pengalaman pertama kali itu sangat berbeza kerana tidak perlu bersesak-sesak memandangkan tidak ramai jemaah dibenarkan menunaikan umrah ketika itu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN