Selepas disuntik vaksin, Jamal Abdillah nyanyi depan frontliners  - Utusan Malaysia

Selepas disuntik vaksin, Jamal Abdillah nyanyi depan frontliners 

TANGKAP layar video memaparkan Jamal Abdillah membuat persembahan selepas disuntik vaksin Covid-19 di Dewan MBSA, Seksyen 19, Shah Alam, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Jamal Abdillah membuat kejutan dengan menyajikan persembahan secara langsung selepas disuntik vaksin Covid-19 di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Seksyen 19, Shah Alam, Selangor.

Penyanyi terkenal tanah air itu dilihat cukup sporting apabila sudi mendendangkan salah satu lagu popularnya berjudul Kekasih Awal dan Akhir.

Nyanyiannya mendapat sambutan daripada petugas barisan hadapan dan penerima suntikan vaksin yang hadir di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) itu. 

Video berdurasi satu minit 37 saat itu tular dalam media sosial. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN