Selangor, KL kekal Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara - TPM

Selangor, KL kekal Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara – TPM

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur masih kekal dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang dilaksanakan sejak 29 Jun lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia susulan kes harian adalah tinggi manakala tahap penggunaan katil di unit rawatan rapi dilaporkan masih kritikal.

“Nilai ambang bagi ketiga-tiga indikator utama di Selangor dan Kuala Lumpur perlu dicapai terlebih dahulu sebelum beralih ke Fasa 2 PPN,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Ia sebagai merujuk pengumuman Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam yang memutuskan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) tidak lagi dilanjutkan.

Penamatan itu melibatkan kesemua 34 mukim di Selangor yang berakhir tengah malam tadi manakala PKPD meliputi keseluruhan 15 lokaliti di Kuala Lumpur turut ditamatkan semalam.

Bagaimanapun, PKPD yang membabitkan kawasan tertentu secara spesifik masih dikenakan di empat lokaliti di Selangor susulan kes harian dan kadar kebolehjangkitan direkodkan tinggi.

Mengulas lanjut, beliau menambah nilai ambang untuk kadar vaksinasi melebihi 10 peratus daripada populasi dewasa sudah pun dicapai negeri tersebut dan wilayah berkenaan.

Setakat ini, lapan negeri sudah pun berjaya beralih ke Fasa 2 bermula dengan lima negeri sebagai kumpulan perintis pada 5 Julai iaitu Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang, diikuti Pulau Pinang selang dua hari kemudian sebelum Sabah menyusul pada 10 Julai lalu dan terbaharu Sarawak pada Rabu lepas.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan PPN pada 15 Jun lalu sebagai strategi peralihan keluar daripada krisis wabak Covid-19 menerusi empat fasa pelaksanaan sebagai ‘ganjaran’ agar rakyat berganding bahu bersama kerajaan dalam aspek pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan pandemik.

Jutaan penduduk di negeri yang beralih fasa tersebut menikmati pelbagai kelonggaran termasuk pembukaan sektor ekonomi melibatkan operasi kedai dan perniagaan tertentu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya