RM5.17 juta disalur 1,033 waris kes kematian Covid-19  - Utusan Malaysia

RM5.17 juta disalur 1,033 waris kes kematian Covid-19 

MOHD. Redzuan Yusof melakukan lawatan ke PPV Dewan Seri Seroja, Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Waris kepada pesakit Covid-19 yang meninggal dunia digesa segera membuat permohonan tuntutan wang ihsan RM5,000 kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof berkata, seramai 1,033 waris sudah menerima Bantuan Khas Pengurusan Kematian Covid-19 membabitkan pembayaran berjumlah RM5.17 juta setakat 1 Julai lalu.

Katanya, bantuan khas itu disalurkan sebagai usaha meringankan beban yang ditanggung waris mangsa wabak itu.

“Bantuan tidak boleh disalurkan sekiranya tiada permohonan yang dibuat dan saya menyeru waris mangsa untuk datang membuat tuntutan.

“Kerajaan mahu bantu kurangkan beban waris kerana mungkin yang meninggal dunia adalah ketua isi keluarga,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Seri Seroja di sini hari ini.

Mohd. Redzuan berkata, jumlah waris itu merupakan sebahagian daripada kes kematian yang sudah mencecah 7,440 kes di negara ini sehingga semalam.

Bantuan Khas Pengurusan Kematian Covid-19 adalah bantuan sekali bayar sehingga kadar maksimum RM5,000 diberikan kepada waris individu yang meninggal dunia akibat Covid-19. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya