fbpx

7 Disember 2021, 8:16 am

  TERKINI

RM3.7 bilion untuk KKM urus Covid-19

TENGKU ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak RM 3.7 bilion diperuntukan untuk Kementerian Kesihatan bagi pengurusan pandemik Covid-19.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata jumlah tersebut tidak termasuk perolehan bagi mendapatkan vaksin.

Katanya, peruntukan itu disalur menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) bernilai RM1.6 bilion dan sebanyak RM 1.4 bilion diperuntukan dalam Belanjawan 2021.

“Peruntukan tambahan lebih RM500 juta disediakan menerusi Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa).

“Kerajaan Persekutuan turut menyalurkan bantuan tambahan kepada kerajaan negeri dengan nilai RM260 juta,” katanya membentangkan Pakej Bantuan Kerajaan dalam sesi Penerangan Menteri, Mesyuarat Khas Dewan Rakyat, hari ini. – UTUSAN ONLINE

POPULAR

KOSMO! TERKINI

BERITA BERKAITAN