Rindu solat Jumaat di masjid terubat - Utusan Malaysia

Rindu solat Jumaat di masjid terubat

PERLIS membenarkan jemaah solat sunat Aidiladha di kawasan lapang dan di dalam masjid. - UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Kerinduan orang ramai menunaikan solat Jumaat dan fardu secara berjemaah di masjid selepas hampir dua bulan tidak dapat berbuat demikian terubat apabila aktiviti solat berjemaah di masjid di seluruh negeri ini kembali dibenarkan.

Di Masjid Negeri Arau di sini antaranya dapat disaksikan seawal pukul 12.30 tengah hari para jemaah khususnya dari sekitar kawasan ini sudah mula ke masjid bagi tidak melepaskan peluang menunaikan solat Jumaat secara berjemaah itu.

Kira-kira 350 jemaah dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketat menunaikan solat Jumaat di masjid tersebut yang selesai hanya dalam tempoh 15 minit.

Seorang jemaah, Noor Hakimi Khamis,56, menzahirkan rasa syukur selepas solat jemaah di masjid kembali dibenarkan di negeri ini.

Katanya, kerinduan untuk menunaikan solat fardu atau solat Jumaat di masjid seolah-olah terubat selepas hampir dua bulan masjid tidak dibuka sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum Hari Raya Aidilfitri lalu.

“Alhamdulilah, nikmat menunaikan solat di masjid kembali dapat dirasakan. Para jemaah yang hadir semua mematuhi SOP dengan baik daripada aspek penjarakan fizikal, memakai pelitup muka, mengimbas aplikasi MySejahtera dan tidak keluar secara beramai-ramai sejurus selepas selesai solat Jumaat.

“Saya berharap keadaan pandemik Covid-19 akan bertambah pulih bagi membolehkan aktiviti pengimarahan kembali seperti biasa bukan sahaja di Perlis malah di seluruh negara,” katanya.

Imam Besar Masjid Negeri Perlis, Ustaz Ahmad Sirajuddin Abdul Satar memberitahu, dianggarkan 350 orang menunaikan solat Jumaat di Masjid Arau di sini melalui penjarakan fizikal dua meter di dalam masjid.

Katanya, sebelum ini, melalui penjarakan satu meter sekurang-kurangnya boleh memuatkan 800 sehingga 900 jemaah di masjid tersebut.

“Alhamdulilah, masing-masing mematuhi SOP yang ditetapkan daripada segi penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka dan ada sebahagian daripada jemaah yang hadir itu memakai pelitup muka dua lapis.

“Kita selesai menunaikan solat Jumaat dalam tempoh hanya 15 minit sahaja dengan khutbah pula hanya sekitar lima minit,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN