Remaja maut, kereta terbabas masuk longkang - Utusan Malaysia

Remaja maut, kereta terbabas masuk longkang

LOKASI kejadian kemalangan sebuah kenderaan yang terbabas ke longkang di Kilometer Satu, Jalan Pedas-Linggi, dekat Kampung Batu 1, Rembau pagi tadi yang meragut nyawa seorang wanita.- UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Seorang remaja maut selepas  kereta yang dipandunya terbabas ke dalam longkang dalam kejadian di Kilometer Satu, Jalan Pedas-Linggi, dekat Kampung Batu 1, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi itu, mangsa, Nur Ain Maisarah Jefri, 19, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Menurut Ketua Polis Daerah Rembau, Pemangku Deputi Superintenden, Hazri Mohamad, berdasarkan siasatan awal, mangsa yang memandu kereta jenis Perodua Myvi dalam perjalanan dari Pilin menghala ke Chembong dekat sini.

“Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, kenderaan yang dipandunya hilang kawalan lalu terbabas masuk ke longkang di sebelah kanan. Akibat kemalangan berkenaan, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Rembau untuk proses bedah siasat selepas keputusan ujian calitan Covid-19 diketahui. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya hari ini.

Sementara itu, sepupu mangsa, Mohd. Khairul Ujang, 32, berkata, ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan ke sebuah kilang di Chembong bagi menjemput ibu mangsa, yang sudah habis bekerja shif malam. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.