Remaja dikhuatiri lemas di Sungai Cerul - Utusan Malaysia

Remaja dikhuatiri lemas di Sungai Cerul

PASUKAN bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat Mohamad Shafiq Ab Llah, 20, yang dikhuatiri lemas di Sungai Cerul di Kampung Lubuk Batu, Chukai di Kemaman, Terengganu, hari ini. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Keseronokan enam sekawan mandi di Sungai Cerul di Kampung Lubuk Batu, Chukai di sini berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka dikhuatiri lemas, hari ini. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, mangsa, Mohamad Shafiq Ab Llah, 20, dari Felda Cerul 1 dipercayai dihanyutkan kepala air yang tiba-tiba berlaku akibat hujan lebat di hulu sungai.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Azman Alias berkata, ketika kejadian, mangsa bersama rakannya yang berusia dalam lingkungan 20-an berusaha menyelamatkan diri masing-masing dengan berenang ke tebing. 

“Bagaimanapun, hanya lima rakannya yang berjaya menyelamatkan diri manakala Mohamad Shafiq dipercayai hanyut,” katanya dalam satu kenyataan. 

Azman berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheneh bersama Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari BBP Chukai bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada pukul 6.37 petang. 

Katanya, operasi mencari dan menyelamat  membabitkan pencarian di sepanjang tebing sungai dan di permukaan air dari lokasi terakhir mangsa dilaporkan hilang. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya