Pusat khidmat pelanggan syarikat telekomunikasi dibenar operasi   - Utusan Malaysia

Pusat khidmat pelanggan syarikat telekomunikasi dibenar operasi  

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju memberi kebenaran kepada semua outlet pusat perkhidmatan pelanggan syarikat telekomunikasi di dalam premis niaga.

 Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagaimanapun berkata, lokasi outlet berkenaan hanyalah yang terletak dalam bangunan premis pusat beli-belah dan pasar raya.

 “Mereka akan dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang berkuat kuasa mulai esok,” kata beliau menerusi kenyataan akhbar di sini hari ini.

 Kebenaran tersebut meliputi semua negeri yang masih lagi berada di bawah Fasa 1 PPN selain sembilan negeri yang sudah pun beralih ke Fasa 2 termasuk paling baharu iaitu Sarawak.

 Langkah berkenaan dipercayai susulan keluhan ramai pelanggan telekomunikasi yang amat memerlukan perkhidmatan kaunter untuk urusan penukaran sim kad rosak, hilang atau dicuri.

 Selain itu, kebenaran tersebut juga bakal memudahkan ibu bapa bagi menambah baik pelan prabayar atau pascabayar untuk sesi kelas Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR). – UTUSAN ONLINE 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN