PETALING JAYA: Movenpick Hotel Convention Centre yang bertempat di Sepang akan mula beroperasi sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega bermula Isnin ini.
Pengurus Besarnya, Wan Enderi Mohd Saad berkata, pusat tersebut yang mempunyai keluasan 178,381 kaki persegi ini mampu menampung kapasiti 5,000 janji temu penerima vaksin setiap hari.
Katanya, operasi tersebut merupakan kerjasama antara Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) dan hotel sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan juga nilai kemasyarakatan serta usaha untuk mengekang penularan Covid-19.
“Pusat ini beroperasi bermula pukul 8.30 pagi sehingga pukul 9 malam.
“Sistem operasi hotel juga diselaraskan bagi memastikan garis panduan keselamatan dipatuhi sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.










