PPV bergerak mudahkan golongan OKU - Utusan Malaysia

PPV bergerak mudahkan golongan OKU

HAFIMAZATUL Ashiqin Kamaruddin ketika ditemui di PPV bergerak di Bengkel Seri Sembilan, Seremban, Negeri Sembilan .- UTUSAN/MUHAMMAD IZZAT TERMIZIE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Inisiatif mewujudkan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bergerak dilihat sangat membantu memudahkan proses pemberian vaksin terutama kepada golongan orang kurang upaya (OKU).

Mengambil maklum perkara berkenaan, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Seremban menyediakan PPV Bergerak khusus di Bengkel Seri Sembilan dekat sini yang merupakan pusat latihan dan pekerjaan bagi OKU.

Seorang wanita OKU kerdil, Hafimazatul Ashiqin Kamaruddin, 30, berkata, dia bersyukur kerana proses pengambilan vaksin untuk dirinya dimudahkan tanpa dia perlu ke mana-mana PPV yang lain.

Katanya yang memiliki ketinggian 80 sentimeter, apabila dimaklumkan  pihak pengurusan pusat latihan itu bahawa peserta bengkel akan ditawarkan pemberiaan vaksin di situ, dia berasa amat lega.

“Saya tinggal di Port Dickson, apabila pihak bengkel memberitahu ada PPV bergerak, saya amat gembira. Lagipun kami sudah biasa di sini dan keyakinan itu datang untuk menerima dos pertama vaksin Covid-19 hari ini” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, Pengurus Bengkel Seri Sembilan, Harunarrsheed Mohd. Ibrahim berkata, proses pemberian vaksin kali pertama di bengkel itu telah dilaksanakan pada tiga minggu lalu dengan melibatkan seramai 30 orang peserta bengkel dan kakitangan. 

“Hari ini 30 orang itu akan menerima vaksin kali kedua dan 36 orang lagi terima vaksin Covid-19 mereka buat kali pertama. 

“Kehadiran pihak PKD hari ini memang memudahkan, tidak perlulah untuk kami menyewa bas untuk ke PPV lain,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya