Polis tutup empat 'lorong tikus' di Kemaman elak rentas negeri - Utusan Malaysia

Polis tutup empat ‘lorong tikus’ di Kemaman elak rentas negeri

ANGGOTA polis memeriksa surat kebenaran seorang pengguna jalan raya di sekatan jalan raya (SJR) Perasing di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) di Kemaman. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Jumlah kenderaan yang memasuki Terengganu menerusi sempadan daerah ini, tidak mencatatkan peningkatan menjelang Hari Raya Aidiladha.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, berdasarkan kawalan dan pemeriksaan ketat di lima sekatan jalan raya (SJR) di pintu sempadan negeri, hanya kira-kira 6,500 kenderaan yang dicatatkan keluar masuk di Kemaman setiap hari.

“Walaupun lusa sambutan Hari Raya Aidiladha tetapi kita dapati tiada pertambahan kenderaan yang masuk ke daerah ini melalui SJR yang dilakukan.

“Kenderaan yang masuk hanya atas urusan kerja dan bukan untuk pulang beraya sekali gus menggambarkan yang masyarakat patuh kepada arahan pihak berkuasa agar tidak merentas negeri menyambut Aidiladha,” katanya kepada pemberita di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman hari ini.

Hanyan berkata, kesemua lima SJR itu ialah di Chendor, Perasing, Jalan Jabor lama, Jalan Bukit Kuantan-Bukit Goh dan Taman Perasing Jaya.

Di samping itu katanya, polis turut menutup dan mengawal empat lorong tikus bagi memastikan tiada cubaan masuk ke negeri ini tanpa kebenaran.

Sementara itu, tinjauan di Plaza Tol Perasing di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) di sini mendapati, keadaan lebuh raya berkenaan lengang tidak seperti kebiasaan pada sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN