Polis turunkan patung kecam kerajaan di Ayer Keroh - Utusan Malaysia

Polis turunkan patung kecam kerajaan di Ayer Keroh

SEPASUKAN anggota polis menurunkan patung bertulisan kerajaan pembunuh yang digantung di sebuah jambatan di Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh kira-kira pukul 9 pagi tadi. - UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Polis menurunkan patung yang tertera tulisan mengecam kerajaan digantung pihak tidak bertanggungjawab di sebuah jambatan di Jalan Tun Abdul Razak – Ayer Keroh kira-kira pukul 9 pagi tadi.

Patung yang dipakaikan baju berwarna putih dengan topi petani itu dipercayai digantung pihak tidak bertanggungjawab malam semalam, bertujuan mencetuskan provokasi.

Setakat berita ini ditulis, Utusan Online sedang mendapatkan kenyataan rasmi daripada Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN