Polis sahkan terima laporan Zarina Anjoulie - Utusan Malaysia

Polis sahkan terima laporan Zarina Anjoulie

MOHD. FAZLEY AB. RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada selebriti sensasi, Zarina Anjoulie yang didakwa bakal mengambil tindakan saman terhadap seorang anggota polis wanita.

Ia susulan tindakan yang dilakukan individu tersebut mengenai tahanan polis yang dipercayai membabitkan dirinya baru-baru ini.

Tanpa memaklumkan bila dan di mana laporan itu dibuat, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd. Fazley Ab. Rahman berkata, siasatan akan dilakukan pihaknya berhubung dakwaan Zarina itu.

“Kami ada menerima laporan berkait fakta isu ini dan siasatan dijalankan,” katanya ringkas menerusi WhatsApp kepada Utusan Malaysia hari ini.

Menerusi perkongsian di Instagram (yang sudah dipadam), Zarina juga akan menentang secara habis-habisan berhubungan dengan isu berkenaan.

“Alhamdulillah, laporan sudah dibuat kepada anggota polis wanita berkenaan. Selepas siasatan, saya akan mengambil tindakan menyaman anggota tersebut.

“Saya akan menentang habis-habisan tentang isu ini. Memandangkan anggota ini nak tular dan glamor, saya akan bagi dia glamor yang dia idamkan. Di manakah integriti kamu sebagai seorang anggota polis wanita? Saya bimbang adakah nanti orang lain akan kena senasib juga?” katanya.

Utusan Online kelmarin melaporkan seorang selebriti wanita ditahan kerana disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah di sebuah rumah di Nilai, Negeri Sembilan.

Biarpun pihak polis tidak mendedahkan identiti selebriti tersebut, rata-rata netizen membuat andaian bahawa individu berkenaan ialah Zarina.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN