Polis sah terima laporan terhadap Ahmad Zahid - Utusan Malaysia

Polis sah terima laporan terhadap Ahmad Zahid

MOHD. FAZLEY AB. RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Polis mengesahkan menerima laporan yang dibuat oleh seorang individu terhadap Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berhubung pengakuan Presiden UMNO itu berkaitan tular suaranya dalam rakaman telefon bersama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd. Fazley Ab. Rahman berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan kira-kira pukul 10.30 pagi ini.

“Satu laporan polis dibuat oleh seorang individu di daerah ini berhubung pengakuan Presiden UMNOi berkaitan suara di dalam rakaman telefon yang tular bersama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Pengadu telah terbaca satu artikel di salah satu portal media tempatan yang bertajuk ‘dalam mesyuarat semalam, Zahid mengakui itu suaranya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Utusan Online hari ini melaporkan, satu laporan polis terhadap Ahmad Zahid telah dibuat oleh seorang individu berkait pengakuan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu tentang suaranya dalam rakaman telefon yang tular bersama Anwar baru-baru ini.

Individu itu yang merupakan seorang ahli UMNO ketika dihubungi hari ini memaklumkan laporan polis itu telah dibuatnya di Ibu Pejabat Polis (IPD) Nilai.

“Ya, laporan polis telah dibuat tadi kira-kira pukul 11 pagi tadi. Ia berhubung pengakuan Presiden UMNO tentang suaranya yang tular bersama serta pendedahan percakapan beliau bersama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah,” katanya.

Tambah individu itu, laporan polis yang dibuatnya itu adalah bertujuan meminta pihak polis menyiasat kenyataan Ahmad Zahid yang menafikan penglibatannya dirinya dalam audio yang tular tersebut.

“Kenyataannya itu telah menimbulkan kekeliruan kepada ahli UMNO seperti saya dan membuatkan saya rasa tertipu dengan beliau.

“Laporan polis ini juga dibuat untuk meminta polis menyiasat sama ada Ahmad Zahid telah melakukan penipuan terhadap Yang di-Pertuan Agong dan telah melakukan kesalahan dengan keterlibatan dalam konspirasi menjatuhkan kerajaan Malaysia yang menganggu gugat keamanan rakyat Malaysia,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN