Polis pantau lorong tikus - Utusan Malaysia

Polis pantau lorong tikus

SIK Choon Foo (kiri) meninjau lorong tikus yang ditutup dengan penghadang besi di Kampung Tanah Putih, Gua Musang, Kelantan. - UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Polis meningkatkan pemantauan di sekitar lima lorong tikus di kawasan sempadan daerah ini bagi mengelak cubaan perantau masuk menjelang Hari Raya Aidiladha, esok.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Sik Choon Foo berkata, kesemua lorong tikus tersebut ditutup dengan besi penghadang yang dipasang pihaknya dengan kerjasama syarikat konsesi lebuh raya.

Katanya, langkah itu berikutan sebelum ini beberapa kali lubang yang digali bagi menghalang kenderaan, telah ditimbus semula oleh pihak mereka yang tidak bertanggungjawab.

“Penghadang besi itu dibina bagi mengelak cubaan untuk rentas negeri sama ada dari luar Kelantan atau dari negeri ini untuk keluar.

“Laluan lorong tikus ini sering digunakan pengguna jalan raya secara haram bagi mengelak sekatan jalan raya (SJR) di Kilometer 7, Jalan Gua Musang-Kuala Lipis di Kampung Tanah Putih,” katanya ketika meninjau lokasi tersebut hari ini.

Dalam perkembangan lain, Choon Foo berkata, aliran trafik memasuki Kelantan melalui SJR Kampung Tanah Putih hari ini lengang tanpa kenderaan. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.