PKPD Seremban: Barangan keperluan asas mencukupi - Utusan Malaysia

PKPD Seremban: Barangan keperluan asas mencukupi

PEGAWAI penguat kuasa KPDNHEP memeriksa bekalan barangan keperluan asas di sebuah pasar raya mini di Seremban Negeri Sembilan, hari ini.- IHSAN KPDNHEP NEGERI SEMBILAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan memberi jaminan barangan keperluan asas adalah mencukupi dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di daerah ini yang bermula esok. 

Pengarahnya,  Ain Arjuna Aziz Zaman berkata, hasil pemantauan dan pemeriksaan yang dijalankan mendapati, bekalan barangan keperluan asas adalah mencukupi di semua peringkat rantaian perniagaan.

“Sehingga kini tiada sebarang situasi gangguan bekalan di peringkat pemborong dan peruncit dikesan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, menurut beliau, pihak KPDNHE Negeri Sembilan menasihatkan pengguna supaya membuat pembelian secara biasa dan dalam kuantiti yang diperlukan sahaja. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN