Covid-19: Selangor, Kuala Lumpur akan dikenakan perintah kawalan lebih ketat? - Utusan Malaysia

Covid-19: Selangor, Kuala Lumpur akan dikenakan perintah kawalan lebih ketat?

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka mengumumkan tindakan sewajarnya di Selangor dan Kuala Lumpur yang masih mencatatkan kes tinggi jangkitan Covid-19 pada petang ini.

Beliau berkata, agak mudah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor kerana ada banyak daerah dan mukim, namun situasinya berbeza dengan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Itu yang kita sedang kaji. Insya-Allah petang ini akan saya umumkan tindakan kita di Selangor dan Kuala Lumpur yang kita nampak menyebabkan kes tidak turun. Kes di Kuala Lumpur, campur Selangor dan Negeri Sembilan, jumlahnya separuh daripada kes di Malaysia,” katanya kepada media dalam lawatannya ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.

Kenyataannya itu dilihat seakan memberi bayangan bahawa beberapa daerah di Selangor mungkin akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN