PKPD: 3 orang dibenarkan dalam satu kenderaan - Utusan Malaysia

PKPD: 3 orang dibenarkan dalam satu kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Tiga orang termasuk pemandu dibenarkan menaiki kenderaan bagi penduduk yang tinggal di lokaliti Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang mempunyai urusan perubatan dan vaksinasi.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata penduduk di lokaliti PKPD hanya perlu menunjukkan janji temu di aplikasi MySejahtera, laman web, kad janji temu atau mesej pesanan ringkat (SMS) kepada petugas di lapangan.

“Bagi kes kecemasan seperti sakit dan kematian, kebenaran pergerakan akan diberikan secara ‘case to case basis’ atau pertimbangan kes berkenaan.

“Orang ramai dinasihatkan untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan bersama-sama memainkan peranan dalam usaha kerajaan bagi melandaikan lengkuk penularan wabak COVID-19,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN