Pihak penjara urus pengebumian Benjy - Utusan Malaysia

Pihak penjara urus pengebumian Benjy

ALLAHYARHAM KHAERYLL BENJAMIN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Segala urusan pengebumian jenazah pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy diuruskan oleh pihak Penjara Tanjung Gusta, Medan, Indonesia.

Bercakap kepada Utusan Online, seorang pegawai Konsulat Jeneral Malaysia di Medan memaklumkan, jenazah Benjy dijangka dikebumikan pada esok sebelum solat Zuhur di Tanah Pemakaman Umum Makla 3, Jl. Tanjung Gusta, Deli Serdang, Sumatera Utara.

“Khaeryll Benjamin sebelum ini mempunyai sejarah penyakit asma telah disahkan meninggal dunia pada 11 Julai 2021 lebih kurang pukul 11 pagi di Rumah Sakit Umum, Royal Prima, Kota Medan, Sumatera Utara, Indonesia,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya lagi, pihak konsulat telah menziarahi jenazah Benjy di hospital sejurus selepas menerima berita pemergian pelakon itu.

Utusan Online sebelum ini melaporkan Benjy meninggal dunia di sebuah hospital di Medan selepas dilaporkan menghidap sesak nafas kerana asma.

Benjy, 43, yang juga merupakan anak kepada seniwati Allahyarham Azean Irdawati kini menjalani hukuman penjara setelah dijatuhi hukuman penjara 11 tahun atas kesalahan cubaan menyeludup dadah jenis syabu.

Allahyarham pernah mendirikan rumah tangga dengan Safiya Stephanie Kar-Leng Lee pada Februari 2004. Bagaimanapun, mereka bercerai pada 2013. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Firdaus Juan Benjamin, 16. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya