Piala Tun Abdul Razak, MJHL 2021 diadakan tahun ini - Utusan Malaysia

Piala Tun Abdul Razak, MJHL 2021 diadakan tahun ini

ANIL JEET SINGH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) akan menganjurkan Piala Tun Abdul Razak 2021 bermula 10 -20 November ini dan Liga Hoki Remaja Malaysia  (MJHL 2021) pada 26 November 2021 hingga 2 Januari 2022. 

Ia akan dilangsungkan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan MHC, Datuk Seri Dr. Anil Jeet Singh berkata,  penganjuran Piala Tun Abdul Razak 2021 dan  MJHL 2021 akan diteruskan selepas mengambil kira ruang masa yang cukup untuk setiap pemain mendapatkan suntikan vaksin.

“Pada 25 Julai, kami akan mengadakan perbincangan terperinci untuk menetapkan venue bagi kedua-dua kejohanan, SOP yang perlu dipatuhi serta langkah yang terbaik untuk semua pihak.

“Jika sebelum ini penganjuran MJHL 2021 membabitkan pemain di bawah 19 tahun, namun bagi tahun ini kami menaikkan had umur kepada 21 tahun,” katanya.

Penganjuran MJHL 2021 akan menyaksikan dua divisyen dipertandingkan bagi kategori lelaki sementara wanita kekal dengan satu divisyen.

Setakat ini, MHC menerima 10 penyertaan daripada divisyen satu dan 14 penyertaan pasukan divisyen dua bagi kategori lelaki, manakala bagi kategori wanita pula sebanyak 14 pasukan telah menghantar penyertaan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.