PGA bantu operasi musnah kebun durian Musang King - Utusan Malaysia

PGA bantu operasi musnah kebun durian Musang King

- SUMBER GAMBAR/ FB MENTERI BESAR PAHANG, DATUK SERI WAN ROSDY WAN ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasukan Gerakan Am (PGA) akan dihantar ke Raub, Pahang bagi memastikan operasi memusnahkan kebun durian Musang King yang ditanam secara haram di Hutan Simpan Batu Talam berjalan lancar.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, polis akan memastikan anggota Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) dapat menjalankan tugas tanpa diganggu pihak tertentu.

“Polis juga membuka kertas dakwaan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) pemimpin parti politik yang merentas daerah dan negeri dalam isu ini.

“Polis tidak akan bertolak ansur dengan pihak yang mahu mengganggu gugat tugas pihak berkuasa menguatkuasakan undang-undang,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Acryl Sani hadir di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Sabah meninjau keadaan semasa lokasi yang kini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Turut hadir, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim dan Timbalannya Datuk Yong Lei Choo. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN