Pesawat pejuang F-16 terhempas atas bangunan - Utusan Malaysia

Pesawat pejuang F-16 terhempas atas bangunan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRUSSEL: Sebuah jet pejuang F16 milik tentera udara Belgium terhempas atas sebuah bangunan ekoran juruterbangnya hilang kawalan.

Jet itu dikatakan mengalami ‘masalah’ semasa berlepas di Pangkalan Udara Leeuwarden.

Perkhidmatan kecemasan telah bergegas ke tempat kejadian setelah kejadian itu dilaporkan pada pukul 9.22 pagi.

Bagaimanapun juruterbangnya selamat dan hanya mengalami kecederaan di kaki dan telah dibawa ke hospital, sementara seorang anggota tentera Belgium yang berada berdekatan juga turut cedera.

Menurut laporan Mirror, tiada kemalangan jiwa kerana ketika kejadian tidak ada penghuni dalam bangunan itu.

“Pada hari Khamis pagi kejadian berlaku dengan pesawat tempur F-16 di Pangkalan Udara Leeuwarden,” kata Angkatan Udara Belanda kepada NL Times.

“Kami sedang menilai keadaan, lebih banyak maklumat akan menyusul.”

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN