Peruntukan tambahan RM50,000 kepada semua ADUN, JPKD - Utusan Malaysia

Peruntukan tambahan RM50,000 kepada semua ADUN, JPKD

HASNI MOHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Menyedari lebih ramai rakyat yang terkesan perlu dibantu, kerajaan negeri mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM50,000 kepada semua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri ini tanpa mengira pendirian politik mereka.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, peruntukan sama turut diberikan kepada 27 Jawatankuasa Penyelaras Khas DUN (JPKD) di Johor yang bertujuan melancarkan lagi pemberian bantuan kepada rakyat yang memerlukan di kawasan masing-masing.

Jelas beliau, pemberian peruntukan tambahan berkenaan melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM4.15 juta.

“Kerajaan negeri amat memahami keluh-kesah rakyat yang terjejas ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19 ketika ini.

“Selain bantuan diberikan kerajaan Pusat, Johor turut melaksanakan pelbagai usaha dan inisiatif termasuk memperkenalkan Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Ihsan Johor untuk membantu meringankan bebanan rakyat.

“Sebelum ini, dalam PRE Ihsan Johor, kerajaan negeri turut memberi peruntukan sebanyak RM20,000 kepada kesemua 56 ADUN,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN