Perlu 600 beg darah, dapat hanya 200 beg - Utusan Malaysia

Perlu 600 beg darah, dapat hanya 200 beg

SUASANA lengang di salah sebuah lokasi kempen derma darah anjuran PDN di sekitar Lembah Klang semalam. – IHSAN PDN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pusat Darah Negara (PDN) Kementerian Kesihatan merayu masyarakat tampil membantu dengan menderma darah bagi menyelamatkan ramai pesakit memerlukan.

Menerusi infografik dalam akaun media sosial rasmi agensi tersebut hari ini, ia melaporkan kutipan darah secara puratanya pada ketika ini ialah antara 150 sehingga 200 beg setiap hari.

Jumlah berkenaan jauh berbanding keperluan penggunaan darah antara 500 sehingga 600 beg setiap hari yang amat diperlukan para pesakit khususnya di Kuala Lumpur dan Selangor.

“Terima kasih para penderma yang telah sudi tampil, namun kutipan darah yang sedikit berbanding dengan penggunaan semasa akan menyebabkan defisit stok tabung darah,” katanya.

PDN yang diasaskan sejak 1955 dengan nama asalnya Tabung Darah Persekutuan Tanah Melayu, pada masa ini juga membekalkan darah ke pelbagai hospital di sekitar Lembah Klang.

Justeru, hantaran tersebut menyeru masyarakat yang belum pernah menderma darah dan penderma tetap untuk membantu demi memastikan stok sentiasa dalam paras yang mencukupi.

Orang ramai dipercayai kurang menderma darah pada ketika ini disebabkan kebimbangan isu penularan wabak Covid-19 yang semakin melonjak teruk di seluruh negara kebelakangan ini.

Begitu juga para penderma darah secara berkala yang kebetulan menetap di lokaliti dikenakan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan turut tidak boleh lagi berbuat demikian. – UTUSAN ONLINE

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya