PETALING JAYA: Kerajaan perlu mempercepat Program Subsidi Upah (PSU) 4.0 dan menambah bantuan bersasar kepada semua peniaga terlibat bagi mengelakkan lebih banyak perusahaan kecil dan sederhana (PKS) gulung tikar. Timbalan Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Norsyahrin Hamidon berkata, sejak 1 Jun lalu, banyak sektor ekonomi tidak dibuka dan menyebabkan masalah aliran tunai terhadap kebanyakan perniagaan terutamanya PKS. “Keadaan akan sedikit membantu sekiranya PSU yang diumumkan sebelum ini dapat disegerakan…










