Peratusan calon lulus lima, empat mata pelajaran STPM menurun - Utusan Malaysia

Peratusan calon lulus lima, empat mata pelajaran STPM menurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Peratusan calon Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2020 yang mendapat lulus penuh dalam lima dan empat mata pelajaran daripada jumlah keseluruhan calon hadir didapati menurun dengan perbezaan peratusan sebanyak 0.70 peratus.

Ahli Majlis Peperiksaan Malaysia, Prof. Dr. Wahid Razzaly berkata, ia melibatkan penurunan daripada 73.67 peratus atau 33,021 calon pada 2019 kepada 72.97 peratus atau 31,366 calon dalam STPM 2020 dengan perbezaan penurunan sebanyak 1,655 calon berbanding tahun sebelumnya.

“Bagaimanapun, peratusan pencapaian calon sekolah kerajaan yang mendapat lulus penuh dalam lima hingga satu mata pelajaran adalah melebihi 95 peratus dan telah meningkat sedikit berbanding dengan peperiksaan tahun sebelum iaitu daripada 97.99 peratus atau 43,924 calon kepada 98.34 peratus atau 42,271 calon,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan secara keseluruhannya, semua 23 mata pelajaran yang ditawarkan dalam peperiksaan STPM 2020 telah mencatatkan peratusan lulus penuh melebihi 70 peratus iaitu gred C dan ke atas.

Katanya, mata pelajaran Literature in English telah menunjukkan peningkatan dalam prestasi lulus penuh berbanding dengan prestasi pada tahun sebelumnya melebihi 3.00 peratus manakala Mathematics T telah menunjukkan penurunan prestasi lulus penuh berbanding pada tahun sebelumnya melebihi -3.00 peratus.

“Sebanyak 21 mata pelajaran lain dianggap tidak berubah prestasinya kerana beza peratusan calon yang lulus penuh antara 2020 dengan 2019 adalah kurang daripada 3.00 peratus,” katanya.

Lebih membanggakan kata beliau, sebanyak 63 calon STPM daripada 69 pelajar mengambil mata pelajaran Tahfiz AI-Quran telah berjaya menghafaz keseluruhan 30 juzuk al-Quran.

Katanya, mata pelajaran itu telah ditawarkan buat pertama kali dalam peperiksaan STPM.

“Ujian hafazan terhadap calon yang menduduki kertas ini telah dilaksanakan melalui ujian Syafawi yang diadakan pada ketiga-tiga semester. Calon yang berjaya menghafaz keseluruhan 30 juzuk al-Quran ini akan menerima Sijil Hafazan dari MPM selain daripada Sijil STPM,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya