Pengulas sukan RTM dipuji enggan sebut nama 'kontinjen koyak' - Utusan Malaysia

Pengulas sukan RTM dipuji enggan sebut nama ‘kontinjen koyak’

SUKAN OLIMPIK akan berlangsung pada 23 Julai hingga 8 Ogos ini di Tokyo.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tindakan dua pengulas sukan RTM langsung tidak merujuk nama Israel ketika kontinjen rejim Zionis itu memasuki Stadium Olimpik menerima pujian warganet.

Malah, berita mengenai aksi spontan pengulas berkenaan enggan bercakap mengenai pasukan Israel turut tular diperkatakan pengguna media sosial tempatan sejak semalam.

“Respect (hormat) dua pengacara yang mengendalikan siaran langsung upacara perasmian Olimpik 2020 apabila langsung tidak sebut Israel ketika kontinjen mereka melangkah masuk.

“Seolah-olah mereka tidak wujud pun dalam perbarisan ini. Kalian dapat penghormatan kami, RTM! Israel Koyak!,” kata pentadbir akaun sosial Facebook yang dikenali Berita Bola Semasa.

Hantaran berkenaan meraih lebih 4,000 tanda suka selain ratusan komen dan dikongsi hampir 200 kali oleh netizen yang turut menyaksikan siaran langsung itu menerusi saluran TV2.

Kontinjen Israel merupakan pasukan ke-17 memasuki stadium berkenaan sebelum perasmian temasya Olimpik Musim Panas XXXII oleh Maharaja Jepun, Naruhito setelah setahun ditunda.

Pengulas terbabit sebaliknya banyak bercerita mengenai topik lain ketika pembawa bendera Israel, Yakov Toumarkini dan Hanna Knyazyeva-Minenko berarak mengetuai kontinjen itu.

“Terbaik! Pengulas bijak tukar topik sembang pasal Malaysia dan kalau negara lain, mereka terangkan berapa atlet dan siapa pembawa bendera,” kata netizen bernama Luqman Firdaus.

“Semasa atlet Israel lalu, pengulas tiba-tiba boleh pula bahas benda lain, buat-buat tidak nampak mereka lalu, ha ha ha kesian Israel,” sindir warganet dengan nama Zman Ladoraka.

RTM merupakan penyiar rasmi sukan tersebut yang dapat disaksikan menerusi dua saluran terestrial dan lima saluran khas melalui platform maya www.tokyo2020.rtm.gov.my/olympics.

Perkara sama turut dapat disaksikan menerusi saluran Astro Arena apabila dua pengulasnya dilaporkan banyak berbual perkara lain ketika kontinjen rejim Zionis itu memasuki stadium.

“Astro Arena 801 pun tidak sebut langsung, depa (mereka berdua) cuma bagi fakta negara lain masa kontinjen Israel masuk stadium,” nukil pengguna media sosial bernama Hafiz Ishak.

“Memang pun, saya perasan juga pengulas tidak sebut langsung pasal negara ‘koyak’ tu. Terus ulas negara yang belakang itu. Tabik dengan pengulas,” coret netizen Norfaiza Masran.

Sejumlah 206 kontinjen menyertai sukan terbesar di dunia itu dengan Malaysia menjadi pasukan ke-177 memasuki stadium dipimpin oleh jaguh badminton, Lee Zii Jia dan Goh Liu Ying.

Warganet tempatan yang turut dikenali sebagai ‘Askar Bawang Rangers’ itu pernah popular apabila ‘menyerang’ akaun sosial pasukan tentera Israel ketika krisis di Gaza pada Mei lalu.

Langkah agresif mereka ‘membuli’ kezaliman rejim Zionis sepanjang dua minggu menindas Palestin, turut mempopularkan perkataan koyak sebagai sohor kini media sosial ketika itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN