Penghantar makanan maut dilanggar kereta - Utusan Malaysia

Penghantar makanan maut dilanggar kereta

KEADAAN kereta jenis Honda yang terbalik selepas merempuh seorang penunggang motosikal yang juga penghantar makanan di Kilometer 30, Jalan Johor Bahru - Air Hitam, di Kulai, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Seorang penunggang motosikal yang juga penghantar barangan dan makanan maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer 30 Jalan Johor Bahru – Air Hitam, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian pada pukul 5.50 petang itu, mangsa lelaki berusia 33 tahun maut di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan di bahagian badan dan kepala.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Tok Beng Yeow berkata, hasil siasatan awal mendapati kemalangan tersebut disyaki berlaku apabila pemandu kereta jenis Honda berwarna putih memandu secara laju dari lorong sebelah kiri di lokasi kejadian.

“Pemandu Honda itu kemudian menukar laluan terus ke lorong sebelah kanan dan hilang kawalan lalu melanggar bahagian kiri tayar depan kereta jenis Chevrolet yang ketika itu berada di lorong sebelah kanan.

“Akibat perlanggaran itu, kereta Honda tersebut memasuki lorong bertentangan jalan dan melanggar penunggang motosikal yang berada di laluan tersebut.

“Mangsa yang menunggang motosikal Honda Wave mengalami kecederaan di bahagian badan dan kepala telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan paramedik Hospital Seri Maharaja Tun Ibrahim Kulai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beng Yeow berkata, pemandu Honda yang tercedera dibawa ke Hospital Kulai untuk menerima rawatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN