Pengawal keselamatan maut langgar lampu isyarat - Utusan Malaysia

Pengawal keselamatan maut langgar lampu isyarat

ACHMAD ALAM SAH Hasan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala selepas terlibat kemalangan di Lebuh AMJ, Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Seorang pengawal keselamatan maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kereta dipandu jururawat wanita di lampu isyarat Jelatang di Lebuh Alor Gajah – Melaka Tengah – Jasin (AMJ) di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.10 pagi itu, mangsa Achmad Alam Sah Hasan, 34, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. 

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu berkata, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda RS150 dalam perjalanan dari arah Alor Gajah menghala ke Tampin, Negeri Sembilan. 

“Sampai di simpang lampu isyarat Jelatang, motosikal mangsa telah merempuh sebuah kereta jenis Perodua Myvi dari arah bertentangan. 

“Akibat rempuhan itu, mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di Kelemak meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, siasatan pegawai penyiasat di lokasi mendapati kemalangan dipercayai berlaku kerana mangsa melanggar lampu isyarat. 

“Pemandu kereta tersebut yang merupakan seorang jururawat Hospital Alor Gajah berusia 26 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan. 

“Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat dan siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya