Pemancing lemas ketika cuba selamatkan joran - Utusan Malaysia

Pemancing lemas ketika cuba selamatkan joran

ANGGOTA bomba mengusung mayat Muhamad Zulkefli Ismail yang ditemukan lemas di Sungai Cherul di Kemaman. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Kegembiraan empat lelaki memancing di Sungai Cherul di sini petang semalam bertukar tragedi apabila seorang daripadanya mati lemas dan mayatnya ditemukan di dasar sungai, pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, mangsa, Muhamad Zulkefli Ismail, 34, dikatakan terjun ke sungai berkenaan untuk mengambil jorannya yang terjatuh ditarik ikan sebelum diserang sawan ketika berenang.

Mayat pemuda itu ditemukan pasukan penyelamat pada jarak 50 meter dari lokasi dilaporkan hilang kira-kira pukul 10.30 pagi ini.

Rakan mangsa, Zafran Danish Mohd. Zawawi, 14, berkata, dia sempat menarik kaki Muhamad Zulkefli ke tebing sebelum lelaki itu dihanyutkan arus tetapi gagal berikutan saiz badan yang besar.

Katanya, mangsa pernah beberapa kali memancing di sungai yang terletak kira-kira 1 kilometer dari kediamannya bersama anak-anak saudaranya sebelum ini.

“Sungai ini cetek dan tidak sangka dia lemas sebab dia pandai berenang, tetapi, anak saudaranya beritahu, mangsa sering diserang sawan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheneh, Mohamad Hanif Che Khalid berkata, mayat mangsa ditemukan di dasar sungai selepas lima minit operasi pencarian diteruskan pagi ini.

Katanya, seramai 22 pegawai dan anggota balai berkenaan bersama Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari BBP Chukai terlibat dalam operasi itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN