Pekerja kilang cuba larikan diri? - Utusan Malaysia

Pekerja kilang cuba larikan diri?

TANGKAP layar kejadian pekerja kilang cuba melarikan diri daripada pemeriksaan di sebuah kilang dipercayai di Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Satu video memaparkan sekumpulan pekerja yang cuba lari dipercayai ekoran tindakan pemeriksaan terhadap sebuah kilang dipercayai di Selangor tular di laman media sosial sehingga menimbulkan kemarahan dan kebimbangan orang ramai.

Video berdurasi lebih seminit itu memaparkan lebih 30 pekerja yang sanggup melompat pagar dan berasak-asak di laluan pintu masuk kilang terbabit bagi meloloskan diri daripada pemeriksaan pihak berkuasa.

Turut kelihatan dalam video berkenaan beberapa wanita yang sanggup memanjat pagar berkenaan.

Insiden itu didakwa berlaku di sebuah kilang dekat sini, namun setakat ini tidak dapat disahkan kesahihannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN