Pekerja datang awal ‘selamatkan’ kebakaran lebih besar berlaku - Utusan Malaysia

Pekerja datang awal ‘selamatkan’ kebakaran lebih besar berlaku

ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran sebuah kedai roti di pasaraya besar Mydin di Taman Kulai Utama, Kulai, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Tindakan pantas seorang pekerja pasar raya besar Mydin di Taman Kulai Utama, di sini yang menghubungi bomba memaklumkan berlaku kebakaran di premis berkenaan membantu mengelakkan kerugian lebih besar.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kulai, Pegawai Bomba Tinggi II, Bakhtiar Selamat berkata, kebakaran itu dilaporkan pekerja berkenaan pada pukul 7 pagi ini.

Sehubungan itu, katanya, seramai 19 anggota beserta empat buah jentera ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati kebakaran yang berlaku melibatkan sebuah kedai roti berkeluasan 20 kaki darab 20 kaki yang beroperasi di tingkat bawah pasar raya berkenaan.

“Kebakaran itu disedari seorang pekerja yang hadir awal ke tempat kerjanya sebelum memaklumkan kepada bomba,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Bakhtiar, kebakaran dikesan berlaku di bahagian tempat memasak kedai tersebut telah memusnahkan bahagian siling dengan anggaran kemusnahan kira-kira 30 peratus.

“Kebakaran bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan atau mangsa sementara nilai kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya