Pejuang syor 13 langkah pulihkan ekonomi  - Utusan Malaysia

Pejuang syor 13 langkah pulihkan ekonomi 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mencadangkan inisiatif bagi memastikan peniaga mikro, kecil dan sederhana dapat berdaya tahan dalam mengharungi pandemik Covid-19.

Ketua Biro Ekonomi Pusat Pejuang, Armin Baniaz Pahamin dalam satu kenyataan berkata, walaupun  kerajaan mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih), ia dilihat tidak memberi kesan bagi golongan tersebut  untuk berdaya tahan sepanjang tempoh pandemik.

Sehubungan itu, parti itu mencadangkan 13 langkah yang perlu diambil kerajaan bagi memulihkan ekonomi.

Berikut antara langkah yang dicadangkan Pejuang.

  1. Pengecualian Cukai pendapatan  individu dan syarikat bagi tahun 2021 dan 2022 supaya berdaya tahan di waktu pandemik. Fokus rakyat harus mengutamakan kemampuan menyara hidup keluarga dan cukai pendapatan perlu diberi pengecualian seperti yang di praktik di negara Jerman.
  1. Penundaan bayaran cukai yang tertunggak dari 2019  dan 2020 sehingga 2023 dan pengampunan semua penalti.
  1. Melaksanakan dengan lebih meluas cukai durian runtuh (windfall tax) pada industri dan individu yang mendapat keuntungan besar dari krisis Covid-19. Kami juga menggesa kerajaan untuk mengkaji dan pertimbang untuk melaksanakan dengan lebih meluas cukai pertambahan nilai (capital gain tax) dan cukai maha kaya yang patut dikenakan kepada individu yang berpendapatan berbilion ringgit sehingga negara berjaya keluar dari krisis ekonomi yang berlaku akibat pandemik Covid-19 ini. Cukai-cukai ini dapat membantu industri mikro, kecil, sederhana dan rakyat yang betul-betul memerlukan bantuan.
  1. Memperkenal dan meluluskan satu akta yang mengharamkan pembayaran sewa untuk semua premis kediaman dan komersial supaya tiada rakyat dihalau keluar daripada kediaman kerana tidak mampu membayar sewa. 
  1. Di United Kingdom (UK), Jerman dan beberapa negara lain, parlimen meluluskan undang-undang yang menghalang pemilik premis dari menghalau penyewa yang tidak membayar sewa semasa pandemik. Semua sewa dikecualikan untuk memastikan semua rakyat tidak kehilangan tempat tinggal.
  1. 30 peratus  diskaun sewa di bawah pakej Pemulih tidak bermakna bagi penyewa yang langsung tidak boleh beroperasi dan masih perlu membayar 70 peratus sewa tanpa sebarang aliran tunai dari jualan/perkhidmatan.
  1. Moratorium automatik tanpa faedah untuk semua jenis pembayaran pinjaman termasuk pinjaman dari syarikat kredit, kad kredit, leasing dan peminjam wang. Diantara kos terbesar perniagaan mikro, kecil dan sederhana ialah pembayaran sewa, pembayaran semua jenis pinjaman, gaji pekerja dan pembayaran utiliti.
  1. Program Subsidi Upah (PSU) perlu dinaikkan kepada 70 peratus  (dari 30 peratus ) bagi mengelak peningkatan pengangguran. PSU 70 peratus ini juga dipraktikkan di negara Jerman. Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi menjangkakan bahawa lebih dari tujuh juta rakyat Malaysia bakal kehilangan pekerjaan susulan penutupan operasi sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) (Kosmo 7 Julai 2021)

9. Pengecualian pembayaran bil utiliti. Pengecualian bil utiliti selaras dengan PKP yang memerlukan rakyat untuk bekerja dan duduk di rumah.

10. Geran berjumlah RM30,000 – RM50,000 bergantung kepada saiz perniagaan dan bukan pinjaman, disalurkan kepada semua perniagaan mikro, kecil dan sederhana.

11. Bagi syarikat besar dan gergasi, pinjaman gergasi patut disalurkan untuk memastikan tiada pekerja diberhentikan. Geran dan pinjaman gergasi ini juga diperkenalkan          di Jerman dan di Singapura.

12. Pelaksanaan pembayaran geran dan pinjaman yang cekap dan hanya memakan masa maksimum tiga hari perlu dijadikan Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) seperti di Jerman dan Singapura.

13. Pengecualian semua caj dan bayaran untuk semakan dokumen statutori syarikat (submission of statutory document). Kos caj dan bayaran untuk dokumen statutori amat membebankan pemilik syarikat sendirian berhad yang mengalami kerugian sepanjang pandemik. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya