PBBM anjur kejohanan esports 2021  - Utusan Malaysia

PBBM anjur kejohanan esports 2021 

TANGKAP layar Taklimat SUKANUN Virtual Edition yang dipengerusikan Mustaza Ahmad baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Suasana pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) tidak menghalang Persatuan Badan Berkanun Malaysia (PBBM) menganjurkan kejohanan sukan untuk eratkan ukhuwah antara agensi yang menganggotai badan itu.

Menerusi kerjasama dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kejohanan SUKANUN Virtual Edition (SUKANUNVE) akan dianjurkan pada 19 hingga 22 Ogos ini melibatkan tujuh jenis sukan esports iaitu PUBG, Mobile Legends, CODM, Valorant, Fifa21, PES21 dan MotoGP.

Setiausaha Kehormat PBBM, Mustaza Ahmad berkata, kejohanan esports tersebut dapat memberi pendedahan kepada warga kerja agensi Badan Berkanun kerajaan untuk terus kekal aktif walaupun pandemik belum reda.

Katanya, kejohanan itu diadakan apabila dua kejohanan sukan utama PBBM iaitu Karnival Sukan Pantai (Supanun) dan Karnival Sukan Badan Berkanun (Sukanun) tidak dapat dijalankan akibat wabak Covid-19 yang melanda sejak tahun lepas.

“Taklimat bertujuan bagi memberi maklumat awal kejohanan bagi memaklumkan kepada agensi yang bertanding mengenai tarikh-tarikh penting kejohanan, sistem pendaftaran dan peraturan pertandingan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya