Pasukan mana sarung jersi 'bertuah' putih separuh akhir Euro 2020? - Utusan Malaysia

Pasukan mana sarung jersi ‘bertuah’ putih separuh akhir Euro 2020?

PEMAIN Denmark yang menyarung jersi 'away' warna putih mara ke separuh akhir Euro 2020 selepas menundukkan Republik Czech 2-1 di Stadium Olimpik, Baku. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Senarai empat pasukan yang bakal beraksi di peringkat separuh akhir Kejohanan Euro 2020 sudah terjawab.

Pasukan Itali bertemu Sepanyol manakala Denmark menentang England untuk merebut tiket ke pentas final kejohanan Eropah.

Sehingga kini, ramalan pasukan yang menyarung jersi warna putih dapat memenangi perlawanan mereka adalah tepat.

(Baca https://www.utusan.com.my/nasional/2021/07/jersi-putih-bawa-tuah-di-euro-2020/ )

Ini selepas England yang menjadi pasukan terakhir mengesahkan tiket ke separuh akhir turut memakai jersi warna itu semasa berpesta gol menundukkan cabaran Ukraine 4-0, pagi ini.

Denmark yang menanti skuad Three Lions dalam perlawanan pada 8 Julai ini juga memenangi perlawanan suku akhir mereka menumpaskan Republik Czech 2-1 dalam jersi warna putih.

Terdahulu, pasukan Itali meneruskan kemaraan ke separuh akhir Euro 2020 selepas menewaskan Belgium memilih memakai warna putih dalam perlawanan itu walaupun tradisinya skuad Azzurri menggunakan biru sebagai warna rasmi.

Begitu juga Sepanyol yang memilih ‘jersi away’ warna putih semasa menewaskan Switzerland untuk melangkah ke separuh akhir Euro 2020.

Justeru, pasukan mana yang akan menyarung jersi ‘bertuah’ warna putih dalam perlawanan empat pasukan terbaik itu nanti?

Daripada empat pasukan itu, hanya England yang menjadikan putih sebagai warna jersi ‘home’ mereka.

Jersi ‘home’ bagi pasukan Itali adalah warna biru manakala Sepanyol dan Denmark pula berasaskan warna merah.

Sama ada ramalan ini masih tepat, sama-sama nantikan perlawanan separuh akhir Euro 2020 pada 7 dan 8 Julai ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya