'Pastikan vaksin sampai ke lengan semua penduduk Malaysia, jasa anda disanjung' - Utusan Malaysia

‘Pastikan vaksin sampai ke lengan semua penduduk Malaysia, jasa anda disanjung’

SEORANG warga emas, Salamiah Hassin 84, hadir ke Program Vaksinasi Bergerak untuk menerima vaksin, di Pusat Komuniti Setiawangsa. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri Penyelaras Program Imunisasi Kebangsaan Covid-19 (PICK), Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada semua petugas yang menjayakan PICK.

Katanya, usaha yang yang dilakukan petugas terlibat berjaya menjadikan Malaysia antara negara yang menerima vaksin terpantas setakat ini.

“Saya ingin rakamkan penghargaan kepada petugas barisan hadapan sama ada kesihatan atau bukan kesihatan yang membanting keringat tanpa mengira penat lelah untuk pastikan vaksin sampai ke lengan semua penduduk Malaysia.

“Saya sanjung usaha anda sehingga Malaysia menjadi kadar vaksinasi yang terpantas. Insya-Allah kerjasama dan usaha yang sedang dijalankan ini capai kejayaan dalam masa terdekat,” katanya dalam Sidang Khas Dewan Rakyat di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN