Pas tolak Syed Abu Hussein tanding Parlimen Bukit Gantang  - Utusan Malaysia

Pas tolak Syed Abu Hussein tanding Parlimen Bukit Gantang 

IDRIS AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT GANTANG: Pas secara terbuka menolak penyandang kerusi Parlimen Bukit Gantang, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal sebagai calon Perikatan Nasional (PN) di kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, sekiranya Syed Abu Hussin dicalonkan, Pas membawa perkara itu ke peringkat pimpinan parti dalam PN.

Katanya, Syed Abu Hussin yang menang PRU-14 atas tiket Barisan Nasional (BN) dan kemudian menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak layak bertanding di kerusi itu kerana meninggalkan partinya.

“Syed Abu Hussin tak layak bertanding di sini. Orang yang menang dan kemudian lari, jarang kelihatan semasa 22 bulan Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan,  setelah itu baru nampak di sini, jadi ini opportunist.

“Kalau beri (bertanding di Bukit Gantang) kepada Syed Abu Hussin tu tidaklah, bukan pilihan kami,  kita clear cut.  Maaflah, kalau dia bertanding di sini kita akan bagi tahu pimpinan, mana boleh. Selama 22 bulan kami di sini ibarat tak ada ayah, tak ada apa-apa.

“Zaman hari ini kita kena ingat,  anak muda akan pilih calon yang ada integriti,  ada kredibiliti. Mungkin pengundi tak pilih soal parti, jadi orang yang menang dan lari, siapa nak boleh terima,” katanya,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Idris yang kalah dalam PRU-14 di Parlimen Bukit Gantang berkata, walaupun kalah, beliau tetap berada di kawasan itu.

“Saya kalah pun duduk di sini, menang duduk sini, ini prinsip kita (Pas),” katanya.  

Dalam pada itu, Idris berkata, jika diberikan peluang beliau sedia untuk bertanding di Parlimen Bukit Gantang dalam PRU-15.

“Kalau diberi peluang, saya akan (bertanding) di sini. Saya memang sudah bersama dengan rakyat di sini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya