Ordinan Darurat masih jadi tumpuan - Utusan Malaysia

Ordinan Darurat masih jadi tumpuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pembatalan Ordinan Darurat sekali lagi menjadi topik hangat sebelum bermulanya Sidang Khas Dewan Rakyat hari ini.

Ia dimulakan dengan Gobind Singh Deo (PH-Puchong) yang meminta Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon agar satu keputusan berkenaan usul penjelasan Ordinan Darurat dibuat dengan segera.

“Saya minta tuan Speaker supaya satu keputusan dibuat berkenaan usul ini. Ini adalah usul untuk merujuk Ahli Parlimen Kota Baharu sebelum ini.

“Saya minta agar satu keputusan dibuat untuk membahaskan usul ini,” katanya.

Hanipa Maidin (PH-Sepang) kemudian bangkit dan membuat permohonan agar undian dalam kalangan ahli Dewan Rakyat dibuat untuk menentukan masa yang sesuai berkenaan penjelasan Ordinan Darurat.

“Saya mohon supaya ada penggantungan aturan 90 agar dewan ini tentukan sama ada usul saya diterima atau tidak,” jelasnya.

Beberapa ahli Parlimen pembangkang yang lain turut bangun dan mendesak keputusan dibuat dengan segera.

Takiyuddin sebelum ini memaklumkan kerajaan tidak akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk melanjutkan Proklamasi Darurat yang dilaksanakan sejak 11 Januari lalu dan sepatutnya tamat pada 1 Ogos ini.

Beliau juga berkata, berdasarkan Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan, kerajaan juga memutuskan membatalkan semua ordinan yang dibuat sepanjang tempoh Proklamasi Darurat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN