Orang ramai buat persiapan PKPD - Utusan Malaysia

Orang ramai buat persiapan PKPD

ORANG ramai membuat pembelian barangan keperluan harian di Mydin USJ, Subang Jaya. - UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPERLUAN…Susulan pengumuman kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor dan Kuala Lumpur, orang ramai mula memenuhi pasar raya bagi membeli barangan keperluan harian.

PKPD dikuatkuasakan bermula 3 Julai sehingga 16 Julai ini.

Dalam tinjauan Utusan Malaysia di Pasar Raya Mydin di USJ, Subang Jaya, keadaan cukup teratur biarpun dipenuhi pengunjung.

BIARPUN ramai yang berpusu-pusu ke pasar raya membuat pembelian barangan bagi menghadapi PKPD, keadaan terkawal dengan pengunjung mematuhi SOP. – UTUSAN/AFIQ RAZALI

PKPD di Selangor dan Kuala Lumpur dikuatkuasakan selepas kedua-dua negeri itu menunjukkan trend jangkitan tinggi, dengan Selangor melaporkan purata kes harian Covid-19 antara 1,800 ke 1,900.

Kuala Lumpur pula merekodkan purata kes harian antara 600 ke 1,000 kes. – UTUSAN/AFIQ RAZALI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN