Nyanyi hanya hobi, ingin menjadi doktor - Utusan Malaysia

Nyanyi hanya hobi, ingin menjadi doktor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Meskipun sudah berjinak-jinak dalam bidang nyanyian seawal usia empat tahun, tidak bermakna Feli Stacy Paimin atau nama pentasnya, Cici, bercita-cita minatnya itu sebagai satu kerjaya.

Cici sebenarnya bercita-cita untuk menjadi doktor di masa hadapan walaupun mempunyai minat mendalam dalam bidang hiburan itu.

“Saya ingin menjadi seorang doktor namun tetap akan terus menyanyi kerana dari kecil lagi memang suka menyertai pertandingan nyanyian.

“Walaupun masih baharu, sudah banyak pengalaman dalam membuat persembahan nyanyian. Saya pernah menjadi juara untuk Bintang Kecil peringkat Kebangsaan pada 2016 dan juara Sugandoi Dazanak peringkat Negeri Sabah pada 2018,” katanya yang berusia 15 tahun itu.

Selain itu,Cici juga telah menjadi Juara untuk Duet Sekolah-Sekolah Kluster di Peringkat Kebangsaan pada 2018, Naib Juara dalam Ceria Megastar Ministar (Astro) pada 2019, Juara Bintang Remaja RTM pada 2019, diiktiraf sebagai Penyanyi Terbaik Kombo peringkat Kebangsaan pada 2019 serta menerima anugerah Huguan Siou sebagai penyanyi terbaik Sabah pada 2019.

Walaupun masih muda, minatnya itu mendorong dirinya untuk kekal aktif dalam industri seni dengan pencapaian-pencapaian yang hebat.

Pencapaian terbaharu Cici adalah mengeluarkan single perdananya berjudul Aku Takkan Mengalah yang dikeluarkan oleh label rakaman Luncai Emas pada tahun lalu.

Lagu yang dicipta oleh Shaiffulhan itu telah dianugerahkan kepada Cici untuk menyanyikan lagu itu setelah dia dinobatkan sebagai Juara dalam pertandingan Bintang Remaja RTM Sabah pada 2019.

Lagu itu mengisahkan erti sebuah perjuangan dalam seni hiburan tanah air. Berbagai onak dan duri melepasi segala halangan dalam persada seni namun perjuangan tetap diteruskan untuk mencapai kejayaan yang gemilang. Sesuai dengan Cici yang sedang meneruskan perjalanannya yang masih jauh dalam bidang ini.

Cici kini mempertaruhkan single terbaharunya itu di dalam Carta Lagu Artis Sabah untuk musim ke – 14 dan telah menduduki Juara Mingguan sebanyak empat kali. Peminat boleh mengundi lagu ini dengan menyemak laman akaun Facebook – Carta Lagu Artis Sabah musim 14 .

Mengulas mengenai pengalamannya, Cici memberitahu, pengalaman manisnya adalah semasa bertemu dengan pelbagai jenis orang yang banyak mengajar dan memberi ilmu nyanyian kepadanya.

“Bagi pengalaman pahit pula, saya pernah menerima komen negaitf kerana tidak dapat mencapai nada yang tinggi semasa membuat persembahan.

“Pada saya, itu adalah proses pembelajaran. Apa yang boleh dilakukan waktu itu adalah cuba tutup kesalahan itu dengan mengawal suara supaya tidak terlalu jelas di mata penonton,” jelas anak kelahiran Sabah ini.

Bagi yang berminat untuk mendengar lagu Ku Takkan Mengalah, ia berada di semua platform digital dan video lirik penuhnya boleh di tonton di YouTube Luncai Emas.
Selain menyanyi, Cici turut suka menari dan mencipta kandungan untuk laman YouTubenya iaitu cicichannel.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya