Nor Zamani dilantik KP Pendidikan baharu - Utusan Malaysia

Nor Zamani dilantik KP Pendidikan baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datin Seri Nor Zamani Abdol Hamid dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan yang baharu berkuat kuasa 22 Jun lalu.

Kementerian Pendidikan dalam kenyataan berkata, Nor Zamani, 59, merupakan Ketua Pengarah ke-18 dan merupakan wanita ketiga dilantik jawatan itu.

Beliau menggantikan Datuk Dr. Habibah Abdul Rahim yang bersara wajib pada 5 April lalu.

Menurut kementerian, Nor Zamani memulakan perkhidmatan dalam dunia pendidikan pada 1986 sebagai Ketua Jabatan A-Level di Kolej Tunku Kurshiah, Negeri Sembilan.

“Dalam tempoh 35 tahun perkhidmatan, beliau juga berkhidmat di pelbagai organisasi dalam Kementerian Pendidikan.

“Antara jawatan yang pernah disandang beliau adalah Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Dasar dan Kurikulum), Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Pengarah Bahagian Pendidikan Swasta,” katanya hari ini.

Menurut Kementerian Pendidikan, Nor Zamani berkelulusan ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sosiologi dan Antropologi dan Ijazah Sarjana Pendidikan daripada Universiti Malaya (UM).

Pihak kementerian yakin beliau dapat menggalas tanggungjawab sebagai peneraju perkhidmatan pendidikan dan seterusnya meningkatkan lagi prestasi Kementerian Pendidikan dalam mencapai aspirasi pendidikan negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN